Thursday, 27 December 2012

SABUN MANJAKANI MEKAH

salam semua..
lama mommy tak berceloteh
sibuk bebenor mommy sekarang
ada yang tanya dah bankrupt ke mommy lama xbukak kedai
pintu kedai xbukak tapi keletang keletung bunyi kat dalam duk kisar buah manjakani
macam buat dadah pula...jauh tersimpang mommy ni..ishhhkkk

sedarkah kalian macam kurang je info pasal sabun manjakani.bukankah?bukankah????sila angkat ketiak..xyahlah..masam..erkk

baiklah..(mood serious)
apa yang terkandung dalam seketul sabun manjakani?
1. lidah boyer..aloe vera
2.minyak zaitun..olive oil
3.serbuk manjakani 40gm..sama mcm utk sebotol serbuk manjakani
4.daun sopanam untuk kasi buih
5.kulit japanese cucumber...timun jepun kurus tu

sabun tiada bahan kimia, tiada pewarna atau pewangi..warna sabun koko hitam disebabkan serbuk manjakani yang berkeliaran dalam seketul sabun..ini kira sabun organik gituwww

harga sabun rm35.caj pos rm5

apa fungsi sabun?
1. sama macam fungsi manjakani..untuk mencuci faraj,hilangkan keputihan,blabla
2.sebagai pencuci muka..kulit lembap sentiasa dan akan rasa tegang.
3. cakap pasal tegang,insyaallah akan buatkan breast tegang
4.cuci celah-celah lipatan yang bermasalah...celah peha,ketiak,belakang leher,belakang lutut..
5.bagi yang bermasalah ruam/jerawat belakang badan,boleh cuba..insyaallah berkesan

petua:
selepas mandi,sabunkan badan dengan sabun manjakani kemudian sental dengan towel putih..daki/sel kulit mati akan mudah hilang dan boleh nampak hasil di towel (kesian si towel)dan kalau amalkan insyaallah berkesan.


ada yang bertanya mommy beberapa soalan yang mommy tak dapat jawab antaranya
1.berapa lama dapat tengok kesannya untuk tegangkan breast
jawapan mommy: ini bergantung kepada jenis kulit dan usia..sama macam parut..kalau parut muda,budak kecik tentulah cepat hilang..kalau dah dewasa usia nk menjunam..xkanlah mommy nak cakap dalam 2 -3 minggu..melampau korang..kalau mommy cakap 2-3 tahun terkejut beruk pulak korang...cuma apa mommy boleh cakap..jika rajin amalkan insyaallah akan nampak hasil.

2.berapa lama untuk hilangkan keputihan
jawapan mommy: ini mommy boleh jawap. 2-3 minggu  insyaallah dah boleh hilang masalah tersebut.
ada adik di luar sana yang beli sabun terus borong 4 ketul sebab keputihan dah hilang.baguslah
ada juga yang bgtau tak berkesan..pakai jarang2 ikut mood memanglah xnampak kesan..apa2 kena usaha baru boleh makan buah.buah manjakani jangan makan..pahit kelat ohh..melalut kemana mommy ni.



so,kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sabun manjakani boleh hubungi
mommy meletop 017 239 0072 
untuk ketenangan erk keterangan lanjut..ye..akan tenang lepas guna,insyaallah


sabun rm35
serbuk rm35
kapsul rm35
maajun rm35
bebola rm25
caj pos rm5 semenanjung
sabah/sarawak rm10





Friday, 23 November 2012

MANJAKANI UNTUK RAHIM KEMBANG DAN JATUH

salam semua
besar picture kali ni..
mommy jakun baru pandai upload..huahuahua
sabau jelah..

apa khabar semua
hari ini mommy mahu bercerita pasal rahim jatuh/kembang/berair dan ....macam biasa...serbuk manjakani
mommy tahu ada ramai di luar sana yang mengalami keadaan ini
ada yang tak perasan dan x sedar rahim mereka xberapa sihat
siapalah nak ambik kisah benda yang xnampak kan kan kan kans
tapi,jika badan mula rasa xsedap,berat2 lemau,berangin,selalu sakit urat,perut kadang-kadang senak,demam sekejap-sekejap,mudah sakit kepala...pergilah berurut dan berubat...ada kemungkinan anda mengalami masalah rahim kembang atau jatuh.
punca rahim kembang ini antaranya berkait dengan amalan pemakanan..kalau pantang tu,pantanglah elok2..
ada yang hubungi mommy bagitau faraj berair dan berbau..sebab xpantang elok2..masa muda mungkin xrasa lagi kesannya tapi untuk akan datang?

mommy bukan nak takut-takutkan korang tapi pernah ada 1 kes isi rahim dia terkeluar,dan bau farajnya kuat..mommy risik2 kawan2 bibik...diorang banyak cerita pasal2 perkara begini.

dan ini sekadar perkongsian ilmu..untuk mereka yang rajin ye..masker dan pupur seeloknya buatlah sendiri..guna putih telur,cekur,kunyit,timun,tomato,lidah buaya,blend kisar ikut kehendak dan lumur pupur sendiri.lagi elok dan bersih buatannya.

mommy pantang penjual2 yang pengotor ni..kadang2 nampak comot je terfikir2 macam mana dia buat dan proses..(dah melalut ke mana mommy ni...)

teringat dulu2 rajin benar kisar beras pulut untuk disental ke badan..badan lembut licin semacam je..
bagi mereka yang bibir kering juga,boleh sental hilangkan sel2 kering menggelupas itu selepas mandi..senang tanggal. dan untuk rambut supaya tidak gugur,licin berkilat macam rambut orang india,selain santan,elok sapu dengan minyak buah keras..mommy pernah cuba mahu buat minyak buah keras tapi prosesnya complicated sangat,kengkangan masa lagi maka terkubur..tapi ia memang elok tau.cubalah bagi mereka yang nak try.

dah ke mana kita ye?hahahaha

berbalik kepada manjakani..

maka persoalannya,mampukah manjakani mommy ini merawat masalah rahim kembang?
insyaallah dear..

tapi janganlah korang pakai 2 hari nak terus baik
pastu cakap "eh eh xde kesan pon"
paling tidak,bagilah manjakani mommy ini bekerja selama sebulan
dan kemudian tengoklah hasilnya sendiri

pemakanan manjakani ini harusnya menjadi amalan
memulih dan maintain
kalau nak dapat kesan yang bagus,kena rajin sayang-sayang sekalian
sebab tu awal2 mommy suruh amalkan setiap hari
selepas 2-3 minggu baru bleh skip ambil 2-3 hari sekali

maka,kepada mereka yang ingin bertanya lanjut,berminat nak tahu lebih pasal manjakani ini
boleh hubungi mommy di talian 017 2390072 insyaallah mommy akan bantu semampu yang boleh.


017 239 0072