Tuesday, 13 May 2014

PENERANGAN PRODUK MOMMY MELETOP

Assalammualaikum wbt
Apa khabar semua.
sebulan lebih tidak update jenuh fikir password blog ini.haha
Rasanya belum terlambat untuk mommy ucap selamat hari ibu buat semua para ibu dan bakal ibu
selamat bertugas 24jam untuk keluarga,selamat teruskan keikhlasan dalam rumahtangga dan semoga kita terus menjadi wanita dambaan suami gitew!luar dan dalam.tip top!kelasssssss ko jah

Apa agaknya mommy nak merepek kali ini.

1.masih aktif menjual ke mommy?
mak aih..banyak betul soalan ini mommy dapat. mommy masih aktif tumbuk manjakani.keletang keletung pagi petang siang malam dan alhamdulillah walau tidak diwar warkan secara meluas order terima sambung menyambung tidak putus.alhamdulillah banyak2 dan mommy jamin,mutu, khasiat,ramuan,ketulenan dan kebersihan adalah masih sama sebagaimana kali pertama mommy jual.

2.mommy..boleh pm saya detail pasal produk manjakani?
ini pun mommy selalu dapat.dan biasanya mommy suruh kamu dan kamu refer blog ini.dan antara tujuan kewujudan blog ini adalah untuk menyalurkan maklumat kepada semua. ada harga,keterangan,no akaun,ramuan,pic..nak harap mommy entertain sorang2 memang tidak terlayan le jawabnya.maafkan mommy ye.

3.ori ke produk mommy ni?
ori dan guna tanpa was was.manjakani ini dikisar sahaja dan menggunakan buah manjakani mekah bermutu tinggi.lebih bergetah buahnya dan kesannya lebih cepat.mommy tahu korang nak yang cepat2 sahaja.xsabar sabar...

4.apa beza kapsul dan maajun?
Sama sahaja.cuma kapsul ialah serbuk diletak dalam sarung kapsul manakala maajun diramu dengan habbatusauda kurma dan madu. untuk orang lepas bersalin mommy memang syorkan maajun sebab ramuan2 itu sedikit sebanyak mampu memulihkan tubuh.

5.ada kesan sampingan tak mommy?
manjakani pahit.kamu kena minum banyak air.ada yang meloya jika makan masa perut kosong maka kamu kena adjust timing makannya. after all, tiada siapa yang dapat tentukan bila waktu nk makan,kamu boleh tentukan sendiri cuma kalau makan masa perut kosong senanglah untuk ia menyerap.

6.kat mana saya boleh dapatkan manjakani ni mommy?
mommy jual online dan prefer online.kecuali beli banyak bolehlah mommy nak layan tunggu kamu di mana-mana.kalau setakat sebotol dua mommy prefer by pos sahaja.harap kamu semua mengerti.tangan mommy ni dah macam tangan sotong.tidor pun mengigau ngigau pegang lesung.

7.harga tidak boleh kurang lagi ke mommy?
harga adalah statik.beli 20 botol minimum baru ada diskaun(ini biasanya yang beli borong) setakat kegunaan sendiri walau 8 botol harga adalah sama.tapi semestinya ada freegift pada mereka yang membeli melebihi rm100 ke atas.mommy xdelah kejam sangat tapi sebab betul2 guna titik peluh sebab tiada kilang,maka effort mommy tu xberbaloi kalau kurangkan lagi harga.

8. Ada berapa produk sebenarnya dan apa tujuan setiap satu?
Ini bagi yang malas baca.mommy sedih nak explain kalau dapat soalan ni. kat  tepi side bar blog ini pun ada tulis. ada 5 jenis.
kapsul 40biji rm35
maajun 50g rm35
serbuk 50g rm 35
sabun 90g rm35
bebola 15biji rm25
postage
rm5 semenanjung
rm10 sabah/sarawak

semua produk adalah sama.bezanya cara guna sahaja.yang mana kamu selesa.kamu boleh hubungi mommy dan bgtau keadaan kamu dan untuk perawatan apa dan mommy boleh syorkan cara mana yang sesuai

9. Apa khasiat manjakani ye Mommy?
soalan ni memang letih nak jawab. tolong google atau dalam blog ni pun mommy ada tulis kat bar atas tu.rajin-rajinlah baca.


dan macam biasa, hubungi mommy boleh wasap 017 2390072 untuk order.

produk ini homemade.dibuat dengan penuh kesungguhan dan minat untuk menyelesaikan masalah2 utama wanita yang melibatkan peranakan dan rahim. 

ikhlas daripada
mommy meletop





Sunday, 2 March 2014

PERUBAHAN HARGA MANJAKANI MEKAH MOMMY MELETOP

Assalammualaikum wbt

Untuk Makluman Semua
Harga manjakani sudah berubah.Ada antara kamu yang hubungi mommy sudah dimaklumkan. Setelah 8 tahun ini kali pertama harga berubah.tapi khasiatnya cara buatnya masih sama. kasih sayang homemade:)

Ini adalah harga baru untuk produk produk mommy meletop

1. Serbuk manjakani RM35/50 gram
Sekarang sudah diletak dalam botol kaca gelap. berat bertambah dari 40gram menjadi 50gram.

2. Kapsul manjakani RM35/40 biji
Kapsul sekarang sudah berbotol putih dengan menggunakan saiz kapsul 0.kuantiti bertambah dari 30 biji menjadi 40 biji

3. Maajun manjakani RM35/50 gram
Maajun sekarang diletak dalam bekas comel berwarna putih.nak makan gentel je bulat2 kecil.

4. Bebola manjakani RM25/15 biji
Bebola tidak akan berubah harganya.masih sama.

5. Sabun manjakani RM35/90gram
Sabun pun tidak berubah harga dan berat masih sama


Manakala untuk postage pula adalah seperti berikut

semenanjung RM5
sabah/sarawak rm10


Untuk pesanan boleh hubungi Mommy Meletop 0172390072


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP


Thursday, 9 January 2014

CELOTEH MOMMY MELETOP 5

Assalammualaikum WBT

Apa khabar semua..
Harap sihat.
Mommy sedang dalam proses buat projek mega tahun ni.sangat tak sabar..sedikit2 akan inform pada kamu semua.semestinya!

Sementara itu,alhamdulillah pengguna manjakani mekah ini semakin hari semakin bertambah.sekarang macam sudah kewajiban setiap hari kena turun ke pos.kalaulah ke masjid rajin macam ni..huhu

Mommy dalam proses buat FAQ.rasanya lagi senang faham. soalan2 yang berulang dan selalu ditanya sepanjang berniaga ni akan mommy tampal nanti supaya kamu semua mendapat gambaran serba sedikit pasal produk.


Untuk info,sekarang inilah rutin hidup mommy

siang : bekerja
petang : lps pukul 6pm,bergegas ke pejabat pos.
mlm : masak, masa bersama keluarga. proses buat manjakani

dan berulang setiap hari. disulam layan pertanyaaan kamu. ada waktu memang tak sempat angkat call.jangan kata mommy sombong. apatah lagi kalau ada meeting atau masa bersama keluarga. telefon memang letak jauh2. kena fokus pada anak. but later on,mommy akan reply kamu semua.insyaallah tiada tertinggal.wasap lagi ramah mommy balas:)..maklum le free..

kenapa mommy heboh schedule mommy??
let say kamu buat pembayaran pagi walau gelap pagi..mommy akan pos ptg keesokkannya sbb walau gelap pagi mommy xproses manjakani waktu itu.waktu tu sibuk nk g kerja dah. order bayar malam sekali pun..pukul 1.30pg msg nak order,kedai dah tutup time tu..alahai...dah.malas cakap banyak2 pasal ni.

oklah... macam biasa


serbuk
kapsul
maajun
sabun
rm35 sebotol

bebola rm25

hubungi rina/mommy 0172390072


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Monday, 18 November 2013

SABUN KULIT KAYU MANIS+MADU - PENCUCI MUKA

Assalammualaikum wbt

Kepada semua pembaca blogmommymeletop
Apa khabar semua?
Harap sihat sentiasa

Berita gumbira yang ingin mommy kongsikan disini ialah Wasap mommy dah kembali aktif.sesiapa nak order,bertanya boleh wasap mommy ye 0172390072.

berita gembira lagi? byk pula berita gembira.hahaha

SABUN KULIT KAYU MANIS+MADU

Bagi mereka yang membeli produk manjakani mommymeletop ini  dengan minimum 4 botol atau rm100 mommy ada bg freegift. mmg dari dulu lg.siapa siapa yang beli banyak tahulah...untuk masa ini, mommy sedang memperkenalkan sabun kulit kayu manis dicampur dengan madu..dan organik ye.tanpa pengawet,penyatu,pewarna,pewangi. alhamdulillah sudah ada permintaan untuk membeli secara pukal.
sesiapa yang kerap pupur madu di muka akan tahulah khasiat madu pada kulit wajah dan sesiapa tahu kehebatan kulit kayu manis ini untuk memudarkan parut dan melicinkan kulit akan tahulah khasiatnya.

mommy tidak terangkan secara detail pun disini. baru brief sikit2..pic pun xsnap lagi. packaging masih dalam proses.

tapi kesan pakai sabun muka ni..kulit muka rasa fresh,tegang,xberminyak pun xkering,lembut dan parut memudah.fair and lovely gitewwww.auwwww

sesiapa yang beli rm100 ke atas akan dapat sabun ni sebagai freegift tak pun kalau rasa nak try masa beli manjakani sebotol dua tu boleh tambah duit rm10 untuk sabun ini dalam bentuk pek trial.

initipati sabun ini hanya kulit kayu manis yang dikisar halus dan madu asli.dan organik...mommy bukan nak kondem produk lain tapi kalau pencuci muka lain byk ada nama pelik2 saintifik tu eloklah try yang ini.insyaallah dari alam sekeliling kita ni banyak benda yang boleh dijadikan penawar dan ubat. xperlu chemical2 bagai.

dan dan dan

jeng jeng jeng..blog mommy meletop akan salin kulit nnti.. semua picture produk akan ditukar. sebab packaging baru yang lebih ghairah hangat dan meletop..kita kan nak yang meletop je..


macam biasa

serbuk
maajun
kapsul
sabun
rm35 sebotol


bebola rm25 sebotol

boleh hubungi mommy 0172390072


terima kasih

IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Wednesday, 23 October 2013

PRODUK MANJAKANI

Salam semua
Apa khabar?

Minggu lepas ada kematian. kalau kamu perasan, ada dalam akhbar Danial Hakimi Firdaus dilanggar lori tanah beraya di rumah datuk...itu anak saudara mommy.Innalillah.anak anugerah Allah. DiberiNya pada kita sebagai amanah,diambilNya bila2 diinginiNya.Dia yang Maha Merancang.Bersangka baik dgn Allah.pasti ada hikmah di sebaliknya. Harap pembaca blogmommymeletop mampu meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan Alfatihah kepada arwah.

Kerana itu, seminggu lepas banyak order tertangguh. Ada yang tak sabar nak dapat awal.Mommy mintak maaf banyak2. tapi minggu lepas mungkin antara minggu paling banyak order. pun ramai yang borong.Dalam kesedihan itu, kesibukan mommy layan order sedikit banyak buat hati lupa seketika pd tragedi itu.


Bagi kamu yang mengalami masalah haid tidak teratur, rahim kembang dan jatuh, keputihan,bau badan, faraj berair dan berbau, faraj longgar dan tidak ketat,keluar angin dari faraj..mommy ada penyelesaiannya dengan izin Allah jua.


SERBUK MANJAKANI MEKAH ASLI 50G
KAPSUL MANJAKANI MEKAH ASLI 40 BIJI
MAAJUN MANJAKANI MEKAH ASLI + HABBATUSSAUDA+KURMA+MADU 50G
BEBOLA MANJAKANI MEKAH ASLI COATED DENGAN EKSTRAK ALOEVERA 15 BIJI

 DAN DAN DAN

SABUN MANJAKANI MEKAH ASLI TANPA PEWANGI,TANPA CAMPURAN 90G


SEMUA HARGA RM35 SEBOTOL KECUALI BEBOLA RM25 SEBOTOL


hubungi    MOMMY MELETOP 0172390072    untuk keterangan lanjut


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Friday, 11 October 2013

FEEDBACK PENGGUNA

KAMU BOLEH BUKA PAGE TESTIMONIAL DI BAHAGIAN ATAS BLOG INI UNTUK FEEDBACK PENGGUNA



TESTI 1
"Salam...Kak,bagus la pil tu..Sy makan sebiji dah nampak hasil.. Sy rasa rahim saya kembang..Sebb org mngurut sy pun ckp benda yang sama. Lepas telan sebiji, perut yg buncit mcm mengandung 3 bulan kempis sedikit. Alhamdulillah. Baguslah pil ni."

"serbuk tu plak sy insert jugak la...keluar semua keputihan.. Alhamdulillah now bdn rasa ringann sgt"

-Pembeli ini beli serbuk dan kapsul manjakani. Kalau dia terbaca blog ini, mommy tumpang copypaste msg kamu ye dear:)

TESTI 2
"Owh..x le lama...ingt nk tunggu 2-3 minggu..hihihi..mlm tadi insert..pg tadi dia keluar menitik2..macam air..ee geli betol..agak nye lendir2 tu pon dah cair"

-Pembeli ni beli kapsul,serbuk,bebola dan sabun. dia xbeli maajun sebab pahit nak telan.

TESTI 3
" Saya dah guna serbuk buat masker muka.rasa licin kulit,tegang je kulit..xsabar nk tunggu malam ni nk bermandi dengan sabun dan sental daki tubuh. Nak beli yang jenis lain pula lah kak.maajun ok x?"

-Pembeli ini beli serbuk dan sabun.Katanya nak pakai untuk luaran sebab xberani nak makan.Mommy respect kamu tapi akhirnya kamu beli maajun juga.hahaha.

TESTI 4
" Saya nk order maajun lagi stok 2 bulan, berapa harga? rasi maajun ni dgn saya"

-Pembeli ni beli maajun pertama kali dan berterusan kemudiannya.

TESTI 5
"Salam Kak, Kalau saya byr lebih sikit akak letak byk sikit bebola tu boleh x.berkesanlah untuk saya.hihihihi"

-Yang ni xdpt nak tolong..sebab ektrak aloevera mahal dear.



Ini antaranya lah...nk selongkar 1-1 msg mmg susahle.. ramai membeli.ramai juga bertanya.ada juga setakat tanya..penuh mcm tu je inbox.

X semuanya manis. dalam 20 ada juga seorang yang cakap tak bkesan. perlu diingatkan ini salah satu usaha. xsemua ubat berkesan utk semua orang walau majoriti bkesan. Apa2 atas kuasa Allah.tapi kalau kamu pakai baru 2 jam terus nk bersama suami, bila nya benda tu nk merawat. xsempat nk memulih dah kena rodok.haisssshhh.


sesiapa berminat boleh hubungi Mommy 0172390072


Serbuk 50 gram
Kapsul 40 biji
Maajun 50g
sabun 90g

RM35 setiap satu

bebola rm25

IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP
tes

Monday, 16 September 2013

MAAJUN MANJAKANI MEKAH

Salam semua..

Apa khabar?harap2 sihat sentiasa.

Hari ini mommy teringin bercerita pasal maajun manjakani mekah ini.

Sejajar dengan khasiat manjakani di dalamnya dengan kebaikan fungsi manjakani untuk mengetatkan faraj,menghilangkan keputihan,mengecutkan rahim kembang dan jatuh, menegangkan bibir faraj.. maajun turut mengandungi khasiat herbatussauda. Bau maajun pun akan buat kamu teruja.bau wangi herba gitu.

Ada kes baru2 ini seorang customer dari Sarawak maajunnya dah jd dodol xbulat2..mommy sruh dia snap kan gambar..dlm hati "alamak! maajun aku dah jd dodol"..kesian dia..mommy kais tanah menangis bahak2 tengok maajun dah jd dodol..mommy syak semasa proses pos tu letak tempat panas maka ia mencair. itulah satu kes pertama yg mommy dapat pasal maajun ni. dan mommy pulangkan duit dia..harap2 tiada lg perkara itu berlaku.

berita gembiranya maajun sangat mendapat sambutan sekarang. Ada beberapa customer yang sesuai dengan mereka nak amalkan maajun ni..kulit jadi merah glowing. ye dear,kulit subur darah bersemu naik ke muka..hahaha..herbatussauda memang terbukti khasiatnya dan ikhlas mommy cakap tiada bahan kimia untuk maajun ni.kesan setiap orang pun x sama.

sebab tu  mommy sangat bersabar kalau ada yang nak kesan cepat..xbolehlah mcm tu dear.biarlah herba2 ini merawat kamu betul2...cepat atau lambat serah pada Allah. Apa yang pasti semua produk ini asli tanpa kimia, xberkesan kamu boleh hubungi mommy mungkin cara xkena.kalau xberkesan kamu boleh point jari terus ke manjakani dan salahkan buah tu sebab itu je ramuannya.

kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan serbuk kapsul bebola maajun dan sabun manjakani hubungi mommy 0172390072. sekian terima kasih.

IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP