Monday, 25 July 2022

BUASIR, RAHIM KEMBANG DAN JATUH, KEPUTIHAN,FARAJ LONGGAR

Assalammualaikum WBT semua

pembaca baru dan lama

mommy pun tak pasti masih relevan atau tidak blog ini

tapi buat pembeli - pembeli dan pembaca blog ini

mommy nak bagitahu bahawa mommy masih aktif menjual manjakani

sejak 2008 - alhamdulillah masih setia dengan herba dan rempah ratus.

maajun rm35

serbuk rm35

kapsul rm35

sabun rm50


postage rm8 semenanjung/ rm15 untuk sabah/sarawak


serbuk manjakani macam macam boleh buat sesuai untuk anak dara sampai ke mak dara

dari jerawat, bau badan sampaikan keputihan dan merapatkan, ia adalah buah serbaguna tuhan jadikan untuk merawat wanita.

mommy olahkan dalam pelbagai bentuk untuk mudahkan penggunaan. so buat mereka yang berminat jangan segan silu untuk wasap mommy.

fungsinya yang mampu surutkan bengkak digunakan untuk merawat buasir.ia juga cepat sembuhkan luka.

olahlah penggunaanya. serbuk peramkan dgn olive oil sebagai contoh dan ia mampu digunakan dalam semua keadaan.





sabun manjakani mommy buatkan kecik2 senang nk guna.7 ketul rm50







maajun ni kalau lenguh2 tubuh, lemah tidak bermaya, lemau je, period tak lancar, keputihan pun banyak, elok sgt ambil maajun ni. 

kapsul manjakani ni sama je dengan serbuk. serbuk dikapsulkan je. dalam pantang boleh makan asalkan baby dh start mkn macam2 atau perut baby xmeragam xcirit, boleh je makan.

serbuk manjakani yang serba kegunaan. dengan serbuk inilah mommy wujudkan sabun, maajun, kapsul. pilihlah mana satu cara yang uols suka nk guna.


buat yang berminat boleh wasap mommy

www.wasap.my/60172390072 untuk pesanan dan pertanyaan

Thursday, 18 February 2021

Wednesday, 17 February 2021

Kembali lagi

 Salam semua

Lama tak berkesempatan menulis

Alhamdulillah masih ada

kat whatssap masih aktif

Buat masa ini, sedih nk cakap

Hanya kapsul dan serbuk sahaja berjualan

Pkp lama2, byk bahan mentah stuck

So buat mereka yg rindu air tangan jamu mommy..

Buat masa ini..inilah dia


Kapsul rm35 40biji

Serbuk rm35 50gram


Wasap je mommy

Www.wasap.my/60172390072 untuk pesanan


Tuesday, 6 June 2017

Manjakani untuk kulit gatal berair


Seorang customer tanya mommy jari dia gatal2 ada cara tak macam mana nk hilangkan.
so mommy cek balik dia ada beli kapsul manjakani
so mommy suggest kat dia bukak kapsul tu serbuk tu titiskan air dan tampal kat tempat gatal tu
boleh baca happynya dia kat bawah ni.

btw cara yang sama juga boleh digunakan untuk yang buasir atau luka
manjakani akan keringkan kecutkan dan buat kita cepat sembuh
cubalah

kalau nk guna untuk sapu2 mcm ni seeloknya beli dalam bentuk serbuk atau kalau ada niat nak makan juga bolehlah beli dalam bentuk kapsul. kalau nk sapu pecahkan kapsul dan kalau nk makan just ngap buka mulut je.

Harga?
kapsul 40 biji  atau serbuk 50+- gram rm 35 sebekas


boleh hubungi mommy 0172390072 untuk pesanan

Atau boleh juga mmbeli di shopee

https://shopee.com.my/safarinayangsantun/5879536028?smtt=0.0.3





Sunday, 4 June 2017

sabun manjakani mommy meletop







Sabun manjakani
Boleh buat feminin wash
Utk hilangkan bau, tegangkan, cpt keringkan luka utk dlm pantang
Keringkan peha melecet
Utk muka
Boleh kecutkan jerawat
Boleh kecilkan pori kulit
Sesuai utk kurangkan minyak bg muka bminyak
Utk badan
Kurangkan bau badan
Cerahkan lipatan
Ruam dan gatal
Utk buasir juga..utk kecutkan tpt bisa
Kenapa ia mampu utk semua di atas?
Sbb manjakani ada fungsi mengecut, menegangkan dan keringkan luka dengan pantas.
Menggunakan buah manjakani dr timur tengah.buahnya besar2 dan warna hijau hitam serdaknya. Premium kualiti.
Warna sabun 100% dari serbuk buah manjakani
Buih dari peria laut
Boleh digunakan utk semua golongan.

RM45 UNTUK SEKETUL 100G
POSTAGE RM8/12

www.wasap.my/60172390072  untuk tempahan

PROMOSI SEMPENA BULAN RAMADHAN

Salam semua
khas buat pembeli produk mommymeletop




Sempena sepanjang ramadhan ini
Setiap pembelian utk 1 unit produk mommy meletop akan dpt seketul sabun manjakani/kulit kayu manis.boleh pilih.
Kenapa 2 pilihan je? Sebab 2 jenis ni lbh diminati.dan keperluan dan kepenggunaan menyeluruh.so kita jdkan freegift. org ckp kalau nk bg benda biarlah benda yg kita syg.yg kita suka.so mommy bg product killer bg sabun keluaran mommy.
Semua produk adalah dari rumah kami.bkn produk rebranding ye.so mommy jamin ketulenan ramuan dan kebersihan dan bahan2 pembuatan.plg penting diramu dgn kasih syg gitu.
Freegift ni bkn produk clearance tau.so weekend ni mommy akan buat 3 tray utk penuhi jangkaan sempena promosi ini sepanjang minggu ini.
Samada beli
Kapsul rm35
Maajun rm35
Bebola rm25
Serbuk rm35
Sabun rm45
Postage rm8/12
Akan dpt free seketul sabun mcm dlm pic bawah ni
Cthnya akak ni beli serbuk 1 kapsul 2 bebola 2
Dia beli 5 kuantiti..so dia dpt 5 sabun free
Best kan?



Harga biasa sabun ni 7 ketul rm50 siap pos
See.dh untung banyak kat situ
Tawaran sah sepanjang ramadhan sahaja
Boleh pakat 1 opis..1 keluarga atau buat stock sendiri guna.
Boleh wasap www.wasap.my/60172390072 untuk tempahan
Terima kasih semua😘

Sunday, 8 January 2017

harga baru manjakani mommymeletop


salam semua
apa khabar?
harap belum terlambat untuk mommy wish selamat tahun baru 2017
ramai yang seiring dan matng dengan produk ni
tahniah dan terima kasih buat kamu semua

adapun kat bawah ini ialah harga terbaru produk mommy meletop
pembelian melebihi rm100 akan dapat freegift mcm biasa
cuma postage je mommy dah xmampu nk bear d cost
hopefully uols refer latest price ini.
entry lama2 harga mommy xsempat nak adjust
untuk sabun pula dh jd rm45 ye
tapi dh packaging lain under ratu sabun
sabun yg sama..dengan berat 100g

mommy lebih kerap update page mommymeletop
kalau uols bukak blog ni memalui pc desktop tgk side bar kanan ni..ada link ke page perkenaan.
untuk blog ini..sbb mommy jrg duk depan pc selalu update fb je ha..so channel fb lg laju

mommy harap uols baca dlu khasiat2 kat side bar atas ni setiap produk bru order melalui wasap 0172390072...kalau wasap dan suruh mommy terangkan semua produk...xperlu mommy wujudkan blog ini.

gali sebanyak info dalam ni.insyaallah ketemu jawapan.

terima kasih semua


just untuk information..semua berat adalah tmasuk bekas

Friday, 9 December 2016

mommy meletop masih aktif :)

Salam semua
Apa khabar?
Lama tak update blog ni
bukan setakat bersawang ni,kalau rumah tinggal,mesti dah penuh jin hantu

untuk makluman semua,mommy masih aktif menjual dan alhamdulillah walau production bukan ratus ribu setiap hari,tetapi order dan pertanyaan tu masuk hari2. terima kasih buat pencinta produk orhanik tanpa pengawet.

harga masih sama. packaging kadang2 mommy tukar bergantung pada stock pada waktu tersebut tapi isinya tetap sama dan berat sama dan harga buat masa ini masih sama mcm sebelum2 ni juga.

masih lagi mengekalkan 5 jenis produk dari buah manjakani. khasiat manjakani sama je dalam mana2 bentuk pun cuma dipelbagaikan utk memudahkan penggunaan.

mommy harap uols baca dlu blog ini refer pada FAQ dan jenis2 produk. Mana2 pun jenis semua ada peminatnya sendiri. Buat yang serasi mmg repeat order sentiasa.

1 perkara mommy nk maklumkan, kalau uols makan produk2 lain dan tanya boleh campur ke tak dengan produk mommy ni..serius cakap mommy tak tahu...mommy tak arif kesan campuran tindakbalas campur2 ni..apatah lg produk lain bukan mommy tahu kandungan dan efek campur dengan herba mcm manjakani..so uols kena timbangtara sendiri.

yang nk order boleh wasap 0172390072

memandangkan ini produk homemade...tak akan wujud pengeposan hari pembayaran. bayar hari ni,pos plg AWAL ialah keesokkannya..secepat yang mommy mampu.dan bg tempoh seminggu. kalau uols takut,banyak songeh,tak percaya,banyak kerek,tak sesuai membeli kat sini. memandangkan produk ini fresh made JIT - just in time utk kekalkan kesegaran,

dan pls ikut saranan penggunaan. walau pun uols kata maajun tu sedap rasanya, ketagih nk makan kerap tapi haruslah ingat, itu bukan coklat.huhu

one more thing, testimonial baru2 kadang2 mommy update kat fb page mommymeletop. boleh layari sana.. akhir kata, buat yang selalu order tu, terima kasih daun keladi..
dan kita jumpa lg di lain tahun.terima kasih byk2










Saturday, 6 February 2016

Selamat tahun baru cina

Assalammualaikum semua
Lama sungguh mommy tak melawat sini
Bagi mereka yang nk membeli manjakani asli dalam bentuk kapsul..serbuk..bebola..maajun...sabun..
Boleh hubungi mommy 0172390072 ye

Mommy pun kadang2 akan update fb mommymeletop.rajin2 pergilah lawat sana.

Untuk cny ni..mommy buat promosi yg membeli rm100 ke atas akan dapat 2 freegift comel sabun manjakani






Tuesday, 28 July 2015

Telefon rosak

salam semua
Semalam telefon mommy rosak
Gelap skrin
Mommy perasan ada 3 org dh bank in tp mommy tak sempat ambik order
Boleh hubungi mommy melalui fb mommymeletop ye
Atau 0123141723
Mungkin esok telefon beroperasi macam biasa
Maaf atas kekurangan

Yg mana dh bank in atau nk bertanya tu boleh hubungi mommy
0123141723 untuk sementara wktu

Thursday, 26 March 2015

CARA MENGETATKAN FARAJ

Assalammualaikum wbt

Kepada pembaca blogmommymeletop
Hari ini mommy akan share penggunaan produk mommymeletop untuk mereka yang nak ketat rapat macam anak dara

1. Untuk mereka dalam pantang
Makan maajun dan insert bebola bila darah nifas dah nak kering/hujung2

2. Untuk mereka yang keguguran
Makan maajun/ kapsul dan insert bebola

3. Untuk mereka yang dah kahwin dan suami komplen
Makan kapsul dan insert bebola

4. Untuk mereka yang janda/bakal berkahwin
Makan kapsul dan insert bebola

Mommy tampal bebola bagi mereka yang nak kenal
Walau apa situasi kamu tapi nak ketat kemas, insert bebola ke faraj

ia akan keluar sendiri
tak perlu korek2
bebola disadur dengan aloevera, so bila ia terkena lembapan faraj apatah lagi kalau faraj berair, ia akan mudah relai...hancur seterusnya merebak dalam liang faraj

2/3 hari ia akan keluar
cepat atau lambat keluar
bergantung pada kita juga
kalau aktif bergerak, kerap keluar masuk tandas, insert asal lekat je tak jauh ke dalam, ia akan cepat keluar
kalau tidur baring tengok tv je kurang bergerak ia akan makan masa sedikit
jangan khuatir

boleh bersama suami ke kalau insert bebola?
bergantung atas keselesaan kamu, ada orang bersama dan so far ok je

tetapi kalau boleh, carilah masa ketika tidak bersama. bagi masa bebola untuk buat kerja

insyaallah ketat kemas selepas tu
pakai sekali dua dah rasa ketatnya
kalau yang amal apatah lagi...

bebola ini produk emas mommymeletop.anak emas.

insert sebiji sahaja 1 waktu dan boleh insert lagi lepas yang pertama keluar.

dibuat hanya dari buah manjakani bermutu.manjakani mekah aleppo.

sebotol rm30 termasuk pos untuk semenanjung
ada 15 biji semuanya.


boleh hubungi  whatssap mommy meletop 0172390072 untuk pesanan

Sunday, 1 February 2015

MANJAKANI UNTUK WANITA DALAM PANTANG

Salam semua
Sekarang ada 1 page tambahan tau..iaitu testimonial pengguna.kalau nak tahu feedback pengguna lain boleh buka page tu ye.






Hari ini mommy nak bercerita tentang kebaikan manjakani untuk mereka yang dalam pantang. Biasanya yang dalam pantang elok guna serbuk dan maajun. sabun optional kalau mahu sebagai feminin wash.

Bila bercakap pasal dalam pantang, perawatan yang sama juga boleh diguna jika keguguran. Dan kena ingat suppliment lain pun boleh diamal dan elok diamal sebagai ikhtiar tambahan. Cuma perlu diingati bahaya campur banyak2 produk. Dan kalau ambil ubat hospital, habiskan ubat hospital dulu. Herba akan tawarkan fungsi ubat hospital.


AIR REBUSAN MANJAKANI YANG DITAPIS
  1. Air rebusan manjakani yang ditapis elok untuk mempercepatkan luka jahitan kering dan sembuh.
  2. Bagi mereka yang bersalin normal, air rebusan bertapis tu buat bilas faraj.
  3. Bagi yang c-zer pula,air rebusan yang ditapis tu rendam dengan kain dan tekap kain di perut dalam 3 atau 4 minit. luka cepat kering. 
  4. Kamu juga boleh letak air rebusan dalam botol spray dan spray ke kawasan yang diingini bila perlu
  5. Tujuan suruh tapis tu supaya serbuk2 tu tak melekat di celah jahitan. 
  6. Air rebusan juga boleh disimpan lama dalam 4 5 hari berbanding kalau serbuk sekadar dicampur air paip.
  7. luka akan cepat sembuh dan kering.bau faraj tiada dan elak bakteria berkampung.
MAAJUN MANJAKANI
  1. Amalkan maajun ketika dalam pantang untuk kecutkan peranakan. Amalkan urutan lain jika perlu.
  2. Melancarkan perjalanan darah, muka tidak lesu dan badan pun ringan. Senang lawas. Boleh atasi kentut vagina juga.
SERBUK MANJAKANI UNTUK PERAWATAN BUASIR
  1. Bagi mereka yang buasir, tampal serbuk di tempat yang bisa itu dan makan maajun untuk perawatan dari dalam.


Selepas darah nifas dah habis boleh insert bebola untuk tarik sisa2 darah beku.
Kapsul boleh diguna untuk baby dah besar yang dah makan macam-macam.


Jika berminat untuk membuat pesanan, boleh wasap mommy 0172390072


ikhlas dari MOMMY MELETOP

Tuesday, 2 December 2014

MANJAKANI UNTUK TOMBONG DAN BUASIR

Assalammualaikum wbt semua

Apa khabar semua


Ini ialah freegift untuk mereka yang membeli lebih RM100. sabun manjakani mekah



Lama tak update

Sebetulnya setiap hari ada isu..ada yang kelakar..ada yang rasa macam nak hempuk je kepala sorang2..apa-apa pun mommy sayang pengguna mommy semua. kita di sini untuk mencari ikhtiar bersama. mommy tak cakap mommy is the best..tapi kamu semua matangkan mommy dan dari masalah kita semualah kita dapat solusi dan moga ramai lagi yang tersesat membuka blog ini dan CEDUK semua ilmu yang ada. resepi kejayaan ceduk ialah baca. seee...pentingnya baca. yang baca akan dapat pemahaman lebih. dan akan dapat teroka lebih rahsia buah ajaib ciptaan Allah ini.

Ayat tak boleh belahhh kan.hahahaha

Apa mommy nak pot pet kali ni ye....

1. TOMBONG
yes..serius cakap..lately ramai mengadu isi rahim terkeluar. tak kira usia. kebanyakan mereka ini mengaku pantang tak betul.makan tak jaga.bila dah jadi mulalah menyesal. kalau buasir kita boleh potong usus terkeluar. rahim terkeluar apa solusi?kamu nak potong?

Mommy kesian tengok anak kecik masih merah sudah dibawa keluar pergi mall.ibu muda ber jeans macam tak ada apa2.bukanlah bermaksud jeans tu yang salah tapi betapa kehidupan selepas pantang tidak dijaga dan hidup makan macam biasa. bila bermasalah masa tu baru terngadah2 mintak tolong which is mommy sendiri tak guarantee manjakani 100% mampu memadai solve problem kamu.

"Alaaaa....ok je...xde apa pun...omputeh tak pantang pun" ATAU "anak2 sebelum ni saya tak pantang, ok je"...ye...badan masing2..tunggu le tua nanti..memangla sakit ajal maut tu bukan di tangan kita.mommy pun bukan doakan korang sakit tapi selagi boleh cegah kita cegah.badan nak pakai lama.kesianlah cik abang tu.. muka dah lawa makan colagen.badan dah mulus bervitamin c.badan dah ramping berdetox. tapi faraj?rahim?kamu nampak kan artis cantik pun kena cerai......cantik bukan segalanya.lelaki basically mahu hubungan kelamin yang sentiasa hangat..sentiasa memberi kejutan...sentiasa dalam keadaan bersedia...tapi kamu?kalau berair...kembang...lecak...nafsu hilang berkadar langsung dengan penambahan ank, stress kerja sampai abai batin...itu semua penanda aras..hubungan yang akan kecundang.


Apa pointnya mommy? jaga diri...jaga diri...jaga diri....lapangkan dada...jangan stress.baiki mood dan hubungan suami isteri juga. tombong ni makcik indon yang tidor bertilam daun sirih dan herba dengar pun angkat tangan surrender. benda yang paling nak dielak. susah nak ubat.so jagalah diri.

Bila dah terkeluar, kena jaga2.makan manjakani ia akan kecutkan dan loose keluar lg mudah. bukan semua benda boleh dikecutkan. Kamu masih perlukan khidmat bidan dan tukang urut.sangkak rahim bagai. manjakani akan membantu.


2. BUASIR
macam dah jadi 1 musim buasir. ada yang membeli manjakani adalah mereka yang nak rawat buasir terutama ibu mengandung. sebetulnya mommy memang tak layan COD kalau setakat beli sebotol.bukan sombong lagak tapi tak berbaloi nak arrange cod setakat sebotol.lbh cost dari untung..tp kesian mengidap sakit lama2 nk tunggu pos entah sampai ke tak maka mommy layanlah juga.pun tak tentu juga.ada juga bila ditanya2 rupanya makan ubat kurus. apakah kaitannya? ada sesiapa boleh bagi feedback kaitan ubat kurus dan buasir?rasanya sebab kurang minum air.ubat kurus hilangkan air dalam badan. sebab tu  ada orang akan nampak kecut kurus.dehydrate.kurang seri..dari amatan mommy sahaja.kurus-kurus sangat pun tak cantik.

kalau ikut sunnah..makan buah tin boleh cegah buasir. boleh cuba buah delima juga. makan sampai muak. hari2 makan kunyah biji2.sambil2 tu kalau tanya mommy sapukan aja serbuk manjakani dan minum air rebusan manjakani.insyaallah kecutlah nnti.



Oklah..
mana mana yang nak order boleh buat pesanan 0172390072

serbuk rm35
maajun rm35
sabun rm35
kapsul rm35
bebola rm25

postage
semenanjung rm5
sabah sarawak rm10


terima kasih kepada pengguna setia mommy.niaga online memang mencabar. tapi alhamdulillah kita membentuk ukhwah dari ini...manjakani temukan dan jalinkan kita. terima kasih banyak2..moga kita semua di bawah lindunganNya

ikhlas daripada
mommy meletop

Tuesday, 23 September 2014

CARA PEMBELIAN/PESANAN PRODUK MOMMY MELETOP


MAKLUMAN: BLOG INI AKTIF WALAU BERHABUK LAMA TAK UPDATE:)
BAGI YANG GUNA TELEFON SILA GUNA DESKTOP VERSION



Assalammualaikum wbt

Apa khabar semua.
Lama sangat2 mommy xberceloteh di sini
Selalu orang kalau wasap mommy akan tanya "masih menjual ka?"..
manjakani ada lagi ka?
Ada..insyaallah akan terusan ada.mutu masih sama.kualiti pun.dan semestinya yang terbaik.insyaallah.


Serius beberapa bulan tak ber update ini pelbagai cerita manis pahit ada perihal manjakani ni. Mommy tulis seringkas sahaja..tak semua orang suka baca.

  • FUNGSI BLOGMOMMYMELETOP

Blog ini menyediakan maklumat berkaitan produk.refer tab bar kat atas tu.mommy dah kategorikannya. tolonglah rajin untuk membaca dan fahamkan. kepada yang sms/wasap suruh PM, tolong emailkan detail ke saya, boleh explainkan pasal manjakani..mommy akan suruh mereka refer blog.

  • SENARAI PRODUK DAN HARGA MOMMY MELETOP
Untuk makluman, buat masa ini ada 5 jenis produk.

SERBUK 50g RM35
SABUN 90g RM35
KAPSUL 40biji RM35
MAAJUN 50g RM35
BEBOLA 15biji RM25
Postage semenanjung RM5
Sabah RM9
Sarawak RM8

Freegift dan freepost akan diberi kepada yang order melebihi RM100.
Freegift bergantung pada apa yang ada pada waktu itu.sentiasa berubah. buat waktu ini kadang kadang ada bedak sejuk manjakani.itupun tengok stok kalau ada mommy bagi.kalau tak ada, diganti freegift lain.Insyaallah sentiasa ada freegift ini.

Untuk makluman, harga pasaran manjakani aleppo tak menentu dengan kekurangan stok di pasaran dunia.manjakani ni bermusim.time susah nak dapat berganda naik harga. Kes kes macam ni lah yang buat ada peniaga sanggup campur serbuk dengan malt nak suruh nampak banyak. Itu belum masuk kos pergi hantar pos, masa dan tenaga,packaging lagi. Mommy cuba maintain harga sedapat yang boleh.

Ada customer yang tanya kenapa isipadu serbuk dalam kapsul tak padat.ada waktu saiz kelongsong kapsul 0 ada waktu dapat saiz 1. walau apa pun jumlah manjakani dalam kapsul mmg sama sahaja.kalau kelongsong time tu besar akan nampak xpadat.


  • ATURCARA MAKAN/GUNA

Selain maklumat dari blog ini,aturcara juga disediakan dengan produk. so jangan bimbang. kalau tak faham2 juga boleh tanya. Manjakani bukan ubat klinik hanya ubat traditional, memang tak ada sukatan khusus.instruction tu sebagai guideline sahaja.tak semestinya tepat.kalau kamu ada cara yang lebih baik untuk guna lebih efektif mommy hargai kalau kamu boleh share.


  • CARA MEMBUAT PESANAN/PEMBAYARAN

Wasap atau SMS  sahaja 0172390072 untuk order. memang mommy tak angkat call. so tak payah buang masa untuk call.

MAYBANK safarina satdin 114236261453 dah bank in tepek slip/bukti pembayaran ke mommy dan bagi address.


  • PROSES SELEPAS ORDER/PESANAN DITERIMA
Bila order masuk, mommy akan proses kisar dan packing malam. Proses manjakani hanya dilakukan pada malam hari memandangkan mommy bekerja pada siang hari.


Esoknya lepas balik kerja (selepas pukul 6 ptg) mommy akan pos.
Pos hanya dilakukan pada waktu petang selepas balik kerja.


oleh itu, kalau bank in pagi, akan buat malam tersebut dan pos keesokkan lps balik kerja.

itu cycle paling pantas mommy boleh buat sebab mommy kerja siang hari.



  • TRACKING NO

Mommy guna POSLAJU. akan ada waktu pos lambat dan barang tak sampai. pos adalah risiko pembeli. tapi mommy akan assist sampai dapat barang (lambat atau cepat). kamu bayar dan kamu akan dapat barang. tu konsepnya.

 kalau lepas pos mommy tak bagi2 tracking no, remind mommy untuk bagi tracking nombor.



Macam biasa..siapa nak order hubungi mommy  wasap/sms 0172390072

Tuesday, 13 May 2014

PENERANGAN PRODUK MOMMY MELETOP

Assalammualaikum wbt
Apa khabar semua.
sebulan lebih tidak update jenuh fikir password blog ini.haha
Rasanya belum terlambat untuk mommy ucap selamat hari ibu buat semua para ibu dan bakal ibu
selamat bertugas 24jam untuk keluarga,selamat teruskan keikhlasan dalam rumahtangga dan semoga kita terus menjadi wanita dambaan suami gitew!luar dan dalam.tip top!kelasssssss ko jah

Apa agaknya mommy nak merepek kali ini.

1.masih aktif menjual ke mommy?
mak aih..banyak betul soalan ini mommy dapat. mommy masih aktif tumbuk manjakani.keletang keletung pagi petang siang malam dan alhamdulillah walau tidak diwar warkan secara meluas order terima sambung menyambung tidak putus.alhamdulillah banyak2 dan mommy jamin,mutu, khasiat,ramuan,ketulenan dan kebersihan adalah masih sama sebagaimana kali pertama mommy jual.

2.mommy..boleh pm saya detail pasal produk manjakani?
ini pun mommy selalu dapat.dan biasanya mommy suruh kamu dan kamu refer blog ini.dan antara tujuan kewujudan blog ini adalah untuk menyalurkan maklumat kepada semua. ada harga,keterangan,no akaun,ramuan,pic..nak harap mommy entertain sorang2 memang tidak terlayan le jawabnya.maafkan mommy ye.

3.ori ke produk mommy ni?
ori dan guna tanpa was was.manjakani ini dikisar sahaja dan menggunakan buah manjakani mekah bermutu tinggi.lebih bergetah buahnya dan kesannya lebih cepat.mommy tahu korang nak yang cepat2 sahaja.xsabar sabar...

4.apa beza kapsul dan maajun?
Sama sahaja.cuma kapsul ialah serbuk diletak dalam sarung kapsul manakala maajun diramu dengan habbatusauda kurma dan madu. untuk orang lepas bersalin mommy memang syorkan maajun sebab ramuan2 itu sedikit sebanyak mampu memulihkan tubuh.

5.ada kesan sampingan tak mommy?
manjakani pahit.kamu kena minum banyak air.ada yang meloya jika makan masa perut kosong maka kamu kena adjust timing makannya. after all, tiada siapa yang dapat tentukan bila waktu nk makan,kamu boleh tentukan sendiri cuma kalau makan masa perut kosong senanglah untuk ia menyerap.

6.kat mana saya boleh dapatkan manjakani ni mommy?
mommy jual online dan prefer online.kecuali beli banyak bolehlah mommy nak layan tunggu kamu di mana-mana.kalau setakat sebotol dua mommy prefer by pos sahaja.harap kamu semua mengerti.tangan mommy ni dah macam tangan sotong.tidor pun mengigau ngigau pegang lesung.

7.harga tidak boleh kurang lagi ke mommy?
harga adalah statik.beli 20 botol minimum baru ada diskaun(ini biasanya yang beli borong) setakat kegunaan sendiri walau 8 botol harga adalah sama.tapi semestinya ada freegift pada mereka yang membeli melebihi rm100 ke atas.mommy xdelah kejam sangat tapi sebab betul2 guna titik peluh sebab tiada kilang,maka effort mommy tu xberbaloi kalau kurangkan lagi harga.

8. Ada berapa produk sebenarnya dan apa tujuan setiap satu?
Ini bagi yang malas baca.mommy sedih nak explain kalau dapat soalan ni. kat  tepi side bar blog ini pun ada tulis. ada 5 jenis.
kapsul 40biji rm35
maajun 50g rm35
serbuk 50g rm 35
sabun 90g rm35
bebola 15biji rm25
postage
rm5 semenanjung
rm10 sabah/sarawak

semua produk adalah sama.bezanya cara guna sahaja.yang mana kamu selesa.kamu boleh hubungi mommy dan bgtau keadaan kamu dan untuk perawatan apa dan mommy boleh syorkan cara mana yang sesuai

9. Apa khasiat manjakani ye Mommy?
soalan ni memang letih nak jawab. tolong google atau dalam blog ni pun mommy ada tulis kat bar atas tu.rajin-rajinlah baca.


dan macam biasa, hubungi mommy boleh wasap 017 2390072 untuk order.

produk ini homemade.dibuat dengan penuh kesungguhan dan minat untuk menyelesaikan masalah2 utama wanita yang melibatkan peranakan dan rahim. 

ikhlas daripada
mommy meletop





Sunday, 2 March 2014

PERUBAHAN HARGA MANJAKANI MEKAH MOMMY MELETOP

Assalammualaikum wbt

Untuk Makluman Semua
Harga manjakani sudah berubah.Ada antara kamu yang hubungi mommy sudah dimaklumkan. Setelah 8 tahun ini kali pertama harga berubah.tapi khasiatnya cara buatnya masih sama. kasih sayang homemade:)

Ini adalah harga baru untuk produk produk mommy meletop

1. Serbuk manjakani RM35/50 gram
Sekarang sudah diletak dalam botol kaca gelap. berat bertambah dari 40gram menjadi 50gram.

2. Kapsul manjakani RM35/40 biji
Kapsul sekarang sudah berbotol putih dengan menggunakan saiz kapsul 0.kuantiti bertambah dari 30 biji menjadi 40 biji

3. Maajun manjakani RM35/50 gram
Maajun sekarang diletak dalam bekas comel berwarna putih.nak makan gentel je bulat2 kecil.

4. Bebola manjakani RM25/15 biji
Bebola tidak akan berubah harganya.masih sama.

5. Sabun manjakani RM35/90gram
Sabun pun tidak berubah harga dan berat masih sama


Manakala untuk postage pula adalah seperti berikut

semenanjung RM5
sabah/sarawak rm10


Untuk pesanan boleh hubungi Mommy Meletop 0172390072


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP


Thursday, 9 January 2014

CELOTEH MOMMY MELETOP 5

Assalammualaikum WBT

Apa khabar semua..
Harap sihat.
Mommy sedang dalam proses buat projek mega tahun ni.sangat tak sabar..sedikit2 akan inform pada kamu semua.semestinya!

Sementara itu,alhamdulillah pengguna manjakani mekah ini semakin hari semakin bertambah.sekarang macam sudah kewajiban setiap hari kena turun ke pos.kalaulah ke masjid rajin macam ni..huhu

Mommy dalam proses buat FAQ.rasanya lagi senang faham. soalan2 yang berulang dan selalu ditanya sepanjang berniaga ni akan mommy tampal nanti supaya kamu semua mendapat gambaran serba sedikit pasal produk.


Untuk info,sekarang inilah rutin hidup mommy

siang : bekerja
petang : lps pukul 6pm,bergegas ke pejabat pos.
mlm : masak, masa bersama keluarga. proses buat manjakani

dan berulang setiap hari. disulam layan pertanyaaan kamu. ada waktu memang tak sempat angkat call.jangan kata mommy sombong. apatah lagi kalau ada meeting atau masa bersama keluarga. telefon memang letak jauh2. kena fokus pada anak. but later on,mommy akan reply kamu semua.insyaallah tiada tertinggal.wasap lagi ramah mommy balas:)..maklum le free..

kenapa mommy heboh schedule mommy??
let say kamu buat pembayaran pagi walau gelap pagi..mommy akan pos ptg keesokkannya sbb walau gelap pagi mommy xproses manjakani waktu itu.waktu tu sibuk nk g kerja dah. order bayar malam sekali pun..pukul 1.30pg msg nak order,kedai dah tutup time tu..alahai...dah.malas cakap banyak2 pasal ni.

oklah... macam biasa


serbuk
kapsul
maajun
sabun
rm35 sebotol

bebola rm25

hubungi rina/mommy 0172390072


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Monday, 18 November 2013

SABUN KULIT KAYU MANIS+MADU - PENCUCI MUKA

Assalammualaikum wbt

Kepada semua pembaca blogmommymeletop
Apa khabar semua?
Harap sihat sentiasa

Berita gumbira yang ingin mommy kongsikan disini ialah Wasap mommy dah kembali aktif.sesiapa nak order,bertanya boleh wasap mommy ye 0172390072.

berita gembira lagi? byk pula berita gembira.hahaha

SABUN KULIT KAYU MANIS+MADU

Bagi mereka yang membeli produk manjakani mommymeletop ini  dengan minimum 4 botol atau rm100 mommy ada bg freegift. mmg dari dulu lg.siapa siapa yang beli banyak tahulah...untuk masa ini, mommy sedang memperkenalkan sabun kulit kayu manis dicampur dengan madu..dan organik ye.tanpa pengawet,penyatu,pewarna,pewangi. alhamdulillah sudah ada permintaan untuk membeli secara pukal.
sesiapa yang kerap pupur madu di muka akan tahulah khasiat madu pada kulit wajah dan sesiapa tahu kehebatan kulit kayu manis ini untuk memudarkan parut dan melicinkan kulit akan tahulah khasiatnya.

mommy tidak terangkan secara detail pun disini. baru brief sikit2..pic pun xsnap lagi. packaging masih dalam proses.

tapi kesan pakai sabun muka ni..kulit muka rasa fresh,tegang,xberminyak pun xkering,lembut dan parut memudah.fair and lovely gitewwww.auwwww

sesiapa yang beli rm100 ke atas akan dapat sabun ni sebagai freegift tak pun kalau rasa nak try masa beli manjakani sebotol dua tu boleh tambah duit rm10 untuk sabun ini dalam bentuk pek trial.

initipati sabun ini hanya kulit kayu manis yang dikisar halus dan madu asli.dan organik...mommy bukan nak kondem produk lain tapi kalau pencuci muka lain byk ada nama pelik2 saintifik tu eloklah try yang ini.insyaallah dari alam sekeliling kita ni banyak benda yang boleh dijadikan penawar dan ubat. xperlu chemical2 bagai.

dan dan dan

jeng jeng jeng..blog mommy meletop akan salin kulit nnti.. semua picture produk akan ditukar. sebab packaging baru yang lebih ghairah hangat dan meletop..kita kan nak yang meletop je..


macam biasa

serbuk
maajun
kapsul
sabun
rm35 sebotol


bebola rm25 sebotol

boleh hubungi mommy 0172390072


terima kasih

IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Wednesday, 23 October 2013

PRODUK MANJAKANI

Salam semua
Apa khabar?

Minggu lepas ada kematian. kalau kamu perasan, ada dalam akhbar Danial Hakimi Firdaus dilanggar lori tanah beraya di rumah datuk...itu anak saudara mommy.Innalillah.anak anugerah Allah. DiberiNya pada kita sebagai amanah,diambilNya bila2 diinginiNya.Dia yang Maha Merancang.Bersangka baik dgn Allah.pasti ada hikmah di sebaliknya. Harap pembaca blogmommymeletop mampu meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan Alfatihah kepada arwah.

Kerana itu, seminggu lepas banyak order tertangguh. Ada yang tak sabar nak dapat awal.Mommy mintak maaf banyak2. tapi minggu lepas mungkin antara minggu paling banyak order. pun ramai yang borong.Dalam kesedihan itu, kesibukan mommy layan order sedikit banyak buat hati lupa seketika pd tragedi itu.


Bagi kamu yang mengalami masalah haid tidak teratur, rahim kembang dan jatuh, keputihan,bau badan, faraj berair dan berbau, faraj longgar dan tidak ketat,keluar angin dari faraj..mommy ada penyelesaiannya dengan izin Allah jua.


SERBUK MANJAKANI MEKAH ASLI 50G
KAPSUL MANJAKANI MEKAH ASLI 40 BIJI
MAAJUN MANJAKANI MEKAH ASLI + HABBATUSSAUDA+KURMA+MADU 50G
BEBOLA MANJAKANI MEKAH ASLI COATED DENGAN EKSTRAK ALOEVERA 15 BIJI

 DAN DAN DAN

SABUN MANJAKANI MEKAH ASLI TANPA PEWANGI,TANPA CAMPURAN 90G


SEMUA HARGA RM35 SEBOTOL KECUALI BEBOLA RM25 SEBOTOL


hubungi    MOMMY MELETOP 0172390072    untuk keterangan lanjut


IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP

Friday, 11 October 2013

FEEDBACK PENGGUNA

KAMU BOLEH BUKA PAGE TESTIMONIAL DI BAHAGIAN ATAS BLOG INI UNTUK FEEDBACK PENGGUNA



TESTI 1
"Salam...Kak,bagus la pil tu..Sy makan sebiji dah nampak hasil.. Sy rasa rahim saya kembang..Sebb org mngurut sy pun ckp benda yang sama. Lepas telan sebiji, perut yg buncit mcm mengandung 3 bulan kempis sedikit. Alhamdulillah. Baguslah pil ni."

"serbuk tu plak sy insert jugak la...keluar semua keputihan.. Alhamdulillah now bdn rasa ringann sgt"

-Pembeli ini beli serbuk dan kapsul manjakani. Kalau dia terbaca blog ini, mommy tumpang copypaste msg kamu ye dear:)

TESTI 2
"Owh..x le lama...ingt nk tunggu 2-3 minggu..hihihi..mlm tadi insert..pg tadi dia keluar menitik2..macam air..ee geli betol..agak nye lendir2 tu pon dah cair"

-Pembeli ni beli kapsul,serbuk,bebola dan sabun. dia xbeli maajun sebab pahit nak telan.

TESTI 3
" Saya dah guna serbuk buat masker muka.rasa licin kulit,tegang je kulit..xsabar nk tunggu malam ni nk bermandi dengan sabun dan sental daki tubuh. Nak beli yang jenis lain pula lah kak.maajun ok x?"

-Pembeli ini beli serbuk dan sabun.Katanya nak pakai untuk luaran sebab xberani nak makan.Mommy respect kamu tapi akhirnya kamu beli maajun juga.hahaha.

TESTI 4
" Saya nk order maajun lagi stok 2 bulan, berapa harga? rasi maajun ni dgn saya"

-Pembeli ni beli maajun pertama kali dan berterusan kemudiannya.

TESTI 5
"Salam Kak, Kalau saya byr lebih sikit akak letak byk sikit bebola tu boleh x.berkesanlah untuk saya.hihihihi"

-Yang ni xdpt nak tolong..sebab ektrak aloevera mahal dear.



Ini antaranya lah...nk selongkar 1-1 msg mmg susahle.. ramai membeli.ramai juga bertanya.ada juga setakat tanya..penuh mcm tu je inbox.

X semuanya manis. dalam 20 ada juga seorang yang cakap tak bkesan. perlu diingatkan ini salah satu usaha. xsemua ubat berkesan utk semua orang walau majoriti bkesan. Apa2 atas kuasa Allah.tapi kalau kamu pakai baru 2 jam terus nk bersama suami, bila nya benda tu nk merawat. xsempat nk memulih dah kena rodok.haisssshhh.


sesiapa berminat boleh hubungi Mommy 0172390072


Serbuk 50 gram
Kapsul 40 biji
Maajun 50g
sabun 90g

RM35 setiap satu

bebola rm25

IKHLAS DARIPADA
MOMMY MELETOP
tes