Showing posts with label serbuk tulen manjakani mekah. Show all posts
Showing posts with label serbuk tulen manjakani mekah. Show all posts

Tuesday, 6 June 2017

Manjakani untuk kulit gatal berair


Seorang customer tanya mommy jari dia gatal2 ada cara tak macam mana nk hilangkan.
so mommy cek balik dia ada beli kapsul manjakani
so mommy suggest kat dia bukak kapsul tu serbuk tu titiskan air dan tampal kat tempat gatal tu
boleh baca happynya dia kat bawah ni.

btw cara yang sama juga boleh digunakan untuk yang buasir atau luka
manjakani akan keringkan kecutkan dan buat kita cepat sembuh
cubalah

kalau nk guna untuk sapu2 mcm ni seeloknya beli dalam bentuk serbuk atau kalau ada niat nak makan juga bolehlah beli dalam bentuk kapsul. kalau nk sapu pecahkan kapsul dan kalau nk makan just ngap buka mulut je.

Harga?
kapsul 40 biji  atau serbuk 50+- gram rm 35 sebekas


boleh hubungi mommy 0172390072 untuk pesanan

Atau boleh juga mmbeli di shopee

https://shopee.com.my/safarinayangsantun/5879536028?smtt=0.0.3





Sunday, 12 May 2013

CELOTEH MOMMY MELETOP 3






Assalammualaikum wbt buat pembaca sekalian..
Moga sihat sejahtera,semoga Allah limpahkanlah rezeki dan rahmatNya buat kita,dan moga kita menjadi orang yang bersyukur di atas segala nikmat yang diberikan Nya. Amin.

Mommy tak nak membebel panjang-panjang kali ini.
terus kepada pengumuman..

Kepada mereka yang membeli cecah RM100 pada bulan ini,selagi stok masih ada, akan mendapat satu buku cara nak bebas diri dari hutang-Tajuk BEBAS HUTANG- dan non woven bag 1 ..

mommy bukan nak promote jual buku,dan bukan juga buku ni mommy yang karang..kalau tanya mommy bab2 cara nak langsai hutang ni,mungkin setebal kamus mommy boleh membebel tanpa ada solution.hahahaha.hutang kereta pon xhabis lagi buku ini anggaplah hadiah dari Mommy untuk perkongsian ilmu. Tapi kena beli RM100 ke atas lah dear. Yang order selepas pos ini diwarta secara automatik mendapatnya,yang order sebelum date ini mommy mintak maaf banyak2..xdikira ye..kebetulan musim ini ada rezeki buku,maka dapatlah diagih-agihkan kepada kamu. lain waktu kalau ada lagi,mommy share lagi.

Serius mommy cakap,ikhlas jauh di sudut hati mommy, menjual manjakani ini bukanlah 100% money oriented. Mommy percaya rezeki kalau kita nak berkat, supaya datang pada kita berganda2, haruslah kita murah dalam memberi, tidak kedekut,tidak salah dalam timbangan, tiada tipu muslihat, menjual kena sertakan sedekah,maka rezeki yang masuk akan diberkati oleh Nya. Maka sebab itu jugalah,sesiapa yang nak menggunakan pic2 dalam blog ini untuk promosi masing2,kalau rasa berkenan,kamu ambiklah.mommy xkisah.

Untuk makluman semua, tolong bagi mommy seminggu untuk proses order kamu. maksudnya, kalau lepas seminggu,barang kamu masih belum dapat,mesti ada masalah.xsemestinya kamu order hari ini,esok mommy pos.akan ambil masa terutama yang order bebola manjakani.amik masa untuk kering.mommy xkan lepaskan stok kalau belum betul2 kering.ada kes customer yang dapat belum kering,nnti berkulat,mommy yang susah.so, mommy cakap awal2..

pos akan ambil masa seminggu

ada customer yang complain " saya tolong akak sebab akak orang melayu,orang islam,sebab tu saya beli dari akak.saya dah selalu beli online,biasanya order hari ni,esok atau lusa dah dapat"...mommy faham kamu semua xsabar  nak guna, tapi kamu kena ingat mommy buat homemade dear,bukan kilang bagai2..kalau ada pengedar order 50 botol sekali gus,mana sempat mommy nak siapkan semua dalam 1hari.sebab tu mommy cakap

pos akan ambil masa seminggu

yang lagi penting,mommy pun bekerja...8pg-6ptg..memang opis hour..lainlah kalau mommy 24jam hadap manjakani.so,

pos akan ambil masa seminggu

tapi kamu kebiasaannya dalam 3hari dah dapat cuma kalau ada kes lepas seminggu belum dapat,kena call mommy..kalau belum pun seminggu,jangan bising2...mommy akan pulangkan duit bagi mereka yang cerewet.susah nak deal kalau cerewet. kamu cerewet,akan sukarkan proses dan percayalah,mereka yang cerewet akan ada je problem..sangkut kat mana2..


so,sekarang lepas kamu dah baca kat atas tu, mommy nak hebah2kan

sekarang mommy nak memperkenalkan produk baru manjakani mekah ini iaitu:

maajun manjakani mekah

Makan maajung setiap pagi dan malam dengan air suam..kamu akan berpeluh,ketiak dah xberbau(hilang bau badan), senang lawas dan konsisten setiap hari,kulit jadi lembap cantik,bertenaga membuat kerja..kelebihan maajung ini ialah mommy guna makanan sunnah..(madu,habbatusawada,dan kurma)..(madu ori,habbatusauda pun extrak sahaja) kurma tu kurmalah..mommy ada hari letak juga kurma nabi,ada hari kurma maryami,ada hari campur..kurma  tiada  specifik maksudnya..dan macam biasa dicampur dengan serbuk manjakani.pahit memang pahit..semua sudah diadun dalam biji2 kecil sebesar taik kambing.sebiji pagi,sebiji malam untuk hasil terbaik. simpan dalam peti ais.


botol lebar sedikit dari botol manjakani serbuk/kapsul.

Maajun Manjakani Mekah
 ( khas untuk mu wanita)
Harga: RM35 untuk 50g untuk sebulan


Adunan Istimewa Manjakani, Alhabbatusawada ,Madu & Kurma

-Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh
- Meningkatkan Daya Ingatan Dan Konsentrasi
- Meningkatkan Bioaktivitas Hormon
- Menetralkan Racun Dalam Tubuh,
- Mengatasi Gangguan Tidur Dan Stress,
- Anti Histamin/Anti Alergi
- Memperbaiki Saluran Pencernaan Dan Sebagai Anti Bakteri
- Melancarkan Air Susu Ibu
- Tambahan Nutrisi Pada Ibu Hamil
- Anti Tumor
- Nutrisi Bagi Manusia
- Anti Oksidan
- Anti Infektif Dan Broncodialating
- Menjadi Penawar Pada Penyakit Keputihan Yang Biasa Dialami Ramai   Wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak  sebagai astrigen dapat membina 
dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat Mengurangkan Lelehan Mukus
- Membantu Menstabilkan Hormon
- Melancarkan Darah Dan Memberi Tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat membantu mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat

Kalau korang perasan,sidebar tepi blog ini mommy dah listkan harga dan produk manjakani mekah buat masa ini,dengan no telefon dan akaun bank.caj pos rm5 untuk sekali pos.tu mommy dah buat summary.

yang kat atas pula(top bar) ada produk listing(khasiat dan cara guna) ada juga khasiat manjakani.

kalau ada yang tak bisa ngerti,boleh hubungi mommy..

rajin mommy hari ni:)


sebelum mommy berundur,kepada mereka yang berminat,boleh hubungi mommy.terima kasih.




Monday, 22 April 2013

PENERANGAN PRODUK MOMMY MELETOP








Assalammualaikum wbt buat pembaca blog mommy meletop
Apa khabar semua?hehehehe

Hari ini mommy boleh nak membebel panjang-panjang..alhamdulillah..selepas beberapa bulan menyepi..erk..dari menulis.

Alhamdulillah dah 9 tahun menjual, ,mommy xpencen lagi mengisar buah manjakani.seusia manjakani mekah ni,kalau ada anak dah masuk tadika dah..sekarang manjakani mekah ada 5 jenis produk ye dear

serbuk tulen manjakani mekah
harga RM35.00/50gram
penerangan:serbuk manjakani mekah ini diperbuat dari 100% buah manjakani.tiada campuran.jangan risau.macam mana buahnya,yang itulah mommy kisar.berubah bentuk sahaja.tahan lama (1tahun – 2 tahun) jika disimpan di tempat kering. Korang jangan pula beli pastu buat pekasam.mommy x expect korang peram serbuk tu setahun.huh.tapi boleh simpan lama.
aturcara: serbuk akan menguji daya kreativiti pengguna.orang dulu2 pun xde orang cakap asah pada pasu kan.memandangkan ia didatang dalam bentuk serbuk,korang boleh jadikan sebagai

-air basuhan faraj..tips mommy,rebus air seperiuk,masukkan sesudu dua serbuk manjakani,tunggu menggelegak dan sejukkan,dan simpan.boleh tahan seminggu tu.simpan dalam botol.bilas faraj.kamu pun boleh juga campur sedikit serbuk dalam gayung/cebok pastu bilas tapi tak bolehlah simpan lelama..air klorin air paip tu nnti cepat rosak,lagipun bila buat air rebusan,lebih sebati dalam air.

-tampal di faraj.amik serbuk sedikit dan campurkan air/minyak Johnson/olive oil/minyak masak pon boleh..tampal di faraj.(minyak ni untuk mudah lekat je).biar je kat situ,nak lepas hajat baru bilas sekali.buatlah masa pagi sebelum pergi kerja,xada siapa dah kacau Miss V time tu..kalau malam,mommy xnak cakaple.

-makan.air rebusan td tu kalau tahan pahit,pon boleh diminum.atau serbuk itu dimakan dengan madu.portion sedikit sahaja.

-tampal jerawat –pes manjakani yang dicampur dengan air/minyak sedikit boleh ditampal pada jerawat batu dan akan kecut nanti.

-pupur/lulur muka dan badan..ye,kulit muka akan tegang lepas pakai.

-mencerahkan kulit-pupur je kat tempat bermasalah,celah2 peha ketiak leher.insyaallah akan pulih.

-dan cara2 lain lagi yang dirasakan sesuai

nota tambahan: serbuk manjakani  boleh juga dimasukkan ke dalam faraj.akan ambil 2-4 minggu untuk nampak hasil. 1 bulan akan perlukan dalam 2 botol untuk merawat.kalau dah pulih,utk maintain,sebotol dah cukup.aplikasikan 2-3 kali seminggu pon dah ok bila dah pulih.

kapsul tulen manjakani mekah
harga rm35.00/40 biji
memandangkan ada customer yang complain susah nak guna serbuk,leceh,maka mommy pon cipta kapsul. kapsul ialah serbuk yang dikapsulkan.cara amal 2-3 biji sahaja seminggu.makan masa perut kosong,pagi supaya senang serap.kalau makan,satu badan akan dapat hasil/manfaat,akan mengambil masa untuk pulih.memandangkan manjakani ni pahit,korang yang alah jamu diingatkan minum banyak air.

nota tambahan: jangan makan lebih yakni sebiji sehari(awal2 untuk merawat xpelah tapi jangan jadikan amalan) manjakani  1 kapsul macam 1 biji.mommy letak padat2 serbuk manjakani dalam kelongsong.TAK ADA MANUSIA YANG MAKAN SEBIJI MANJAKANI SETIAP HARI.kamu jangan nak mengada-ngada kononnya nak cepat pulih.konsisten lagi penting untuk pulih.ingat tu.anak dara xperlulah makan kapsul sebab masalah mereka biasanya keputihan,serbuk sudah memadai.


mana lebih berkesan?serbul atau kapsul?
kedua-duanya fungsi sama sahaja dear.kapsul kamu makan,merawat dari dalam.serbuk kamu seranglah dari luar,buat air basuhan atau tampal.
untuk yang lepas bersalin,seeloknya serbuk.kapsul kalau baby bawah 2 bulan tidak sesuai bimbang cirit.perut baby xkuat lagi time tu.kamu jangan telan bukan2.tapi serbuk amat berkesan utk cepat keringkan luka bersalin,hilangkan bau,air faraj,keputihan.

kebiasaannya,mereka yang membeli akan beli 2(kapsul dan serbuk) kecuali bagi yang budget kurang,mommy sarankan kamu guna serbuk.







sabun manjakani
harga rm35.00 sebuku
nak senang,senang lagi.kan kan kan..bagi mereka yang nak manjakani dalam bentuk sabun,pun mommy buat.sabun ni mommy buat dari sebotol serbuk manjakani,aloevera,minyak kelapa dara,olive oil.semuanya pati,xde kimia.ye,bahan agak mahal tapi mommy buat yang terbaik.sabun sebuku ini boleh dibuat sabun basuh faraj,cuci muka,sabun tubuh,sabun lah mana2 tempat yang kamu nak.

Sabun manjakani
Boleh buat feminin wash
Utk hilangkan bau, tegangkan, cpt keringkan luka utk dlm pantang
Keringkan peha melecet
Utk muka
Boleh kecutkan jerawat
Boleh kecilkan pori kulit
Sesuai utk kurangkan minyak bg muka bminyak
Utk badan
Kurangkan bau badan
Cerahkan lipatan
Ruam dan gatal
Utk buasir juga..utk kecutkan tpt bisa
Kenapa ia mampu utk semua di atas?
Sbb manjakani ada fungsi mengecut, menegangkan dan keringkan luka dengan pantas.
Menggunakan buah manjakani dr timur tengah.buahnya besar2 dan warna hijau hitam serdaknya. Premium kualiti.
Warna sabun 100% dari serbuk buah manjakani
Buih dari peria laut
Boleh digunakan utk semua golongan.




bebola manjakani
harga rm25/15biji
diperbuat dari serbuk manjakani, mas cotek, nenas batu dan akar serapat. kemudian disadur dengan aloevera untuk keraskannya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kritikal..rahim berdenyut,rasa nak jatuh,pergi mengurut tok bidan cakap Rahim kembang/jatuh,gunalah bebola ni.masukkan ke dalam faraj.biar ia lerai keluar sendiri.ada yang bimbang xkeluar2..jangan khuatir,dalam kita panas,akan lerai juga serbuk tu.awal2.lendir akan keluar.biarkan ia keluar semua.insyaallah lepas tu akan sembuh.
pakai 2-3 biji je seminggu.











makjun manjakani
*akan di update.diperbuat dari manjakani(serbuk,kurba,herbatulsauda dan ramuan2 lain).resepi orang arab..mereka pun mengamalkan manjakani tau.masih dalam proses membuat,mengetest,memastikan keberkesanannya.tahan lama ke tak.mommy xnak  jual benda yang xpasti berkesan.kes naya nanti.


untuk makluman semua,semua produk ini mommy buat kat rumah.xde kilang pun.yang ada mesin industri sahaja.mommy guna kapsul dari halagel..kebersihan mommy jamin.serbuk dibungkus terlebih dahulu baru dibotolkan.packaging cantik untuk puaskan hati mommy.huahuahua.
berkesan ke tak?
khasiat manjakani memang terbukti zaman berzaman.kalau tanya mommy berkesan ke tak,mommy susah nak jawab.xberkesan orang tak cari.setiap masalah penyakit ada ubat kecuali mati.mana2 tempat yang longgar boleh diketatkan.mommy x akan kondem produk orang lain.ada satu musim,pengguna suatu produk beralih pada manjakani mommy kerana harga jauh lebih murah.ye dear,mommy jual murah walau ada yang kata mahal,survey dulu harga di pasaran sebelum nak komen.
ada yang msg  mommy suruh explain pasal produk,mommy suruh refer pada blog ini.kekadang mommy drive,jgn pula kamu rasa “eh..mommy ni,orang nk beli dah cukup baik,kalau malas nak explain,xyahlah jual”kamu kena rajin sedikit untuk membaca,x pun kena call mommy.itu pon jarang berangkat sebab mommy kerja memang jarang angkat phone.bos ada tepi,mommy xkan nk cakap2 pasal ketat2 faraj.huh.
dunia berniaga,ada yang indah,ada yang x.servis mommy ialah 1 minggu untuk penghantaran.yes dear,mommy guna pos laju patutnya  2hari dah sampai.tapi ada hari mommy terlepas pos hour.mommy bekerja,petang baru ke pos office.ada waktu outstation,presentation,meeting,pulang lambat maka pos dah tutup.bekerja dan berniaga.harap korang paham dan jangan hangin kalau lambat pos.mommy cakap awal2, seminggu ok.

macam mana cara nak order?

bank in ke akaun maybank safarina satdin 114236261453 kemudian inform 0172390072 dengan alamat dan mommy akan pos. mommy standardise kan akaun maybank untuk manjakani sebab senang untuk monitor.kalau korang guna bank lain,RHB misalnya atau CIMB boleh transfer ke Maybank juga kan.
Apa-apa kemusykilan boleh sms mommy.

sekian,terima kasih